Media

COVID-19
19/6/20
Isu
Negara

Statistik Saringan Pendekatan Tertumpu di Depot Tahanan - 18 Jun 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi laporan oleh KKM bertarikh 8 Jun 2020 mengenai statistik pendekatan tertumpu di depot tahanan buat rujukan semua.

#SelangorGempurCOVID19

Salah satu aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan berisiko tinggi yang telah dijalankan kerajaan adalah saringan COVID-19 di Depot Tahanan. Lokasi-lokasi ini telah dikenalpasti berisiko tinggi dalam penularan jangkitan COVID-19 susulan didapati berlakunya jangkitan COVID-19 di kalangan Orang Kena Tahan (OKT).

Susulan itu, beberapa fokus telah diberikan dalam saringan ini, iaitu:
• semua OKT yang baharu di Depot Tahanan perlu menjalani persampelan;
• semua OKT yang akan dipindah ke pusat tahanan lain perlu disampel terlebih dahulu;
• semua OKT yang bakal dihantar pulang ke negara asal perlu disampel terleih dahulu;
• semua kakitangan yang bertugas di pusat-pusat tahanan perlu disampel;
• persampelan secara rawak sebagai penilaian risiko oleh Pejabat Kesihatan Daaerah/Jabatan Kesihatan Negeri.

Sehingga 18 Jun 2020, jam 12 tengah hari, sebanyak 13,149 individu telah menjalani persampelan di mana 782 kes telah dikesan positif COVID-19, 11,564 adalah negatif COVID-19 dan 803 masih menunggu keputusan. Daripada jumlah kes positif, 7 kes adalah dalam kalangan warganegara manakala 775 adalah bukan warganegara.

Setelah kes COVID-19 dikenalpasti, mereka diasingkan dan dimasukkan ke hospital untuk dirawat, dan tindakan saringan kes secara aktif (active case detection) dijalankan.

-Kenyataan akhbar KPK Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.