Media

COVID-19
2/5/20
Isu
Negara

Statistik Kes Covid-19 Dunia Mengikut Negara bertarikh 2 Mei 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya dan pasukan YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi dengan semua statistik jangkitan Covid-19 dunia mengikut negara bertarikh 2 Mei 2020.

Menurut KKM, kes sembuh dunia telah melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia.

Amerika Syarikat kekal dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi di dunia iaitu 33% daripada jumlah kes dunia atau 1,103,781 kes.

Terdapat 4 negara dengan kes harian melebihi 5 ribu iaitu Amerika Syarikat (36,007), Rusia (7,933), Brazil (6,410) dan Britian(6,201)

Warga Selangor diingatkan untuk mengikut nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

Jangan lalai dalam menerapkan Normal Baharu dalam rutin harian anda.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.