Statistik Kes Covid-19 Dunia Mengikut Negara - 12 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi statistik kes Covid-19 peringkat dunia sehingga 12 Jun 2020.
Menurut KKM, kadar kesembuhan bagi statistik COVID-19 dunia pada hari ini telah mencapai 47.09%. Terdapat 59 negara yang mempunyai peratus kesembuhan 80% ke atas dan Malaysia dengan kadar kesembuhan 84.42%, masih berada di kedudukan ke-52.
Negara Amerika Syarikat telah mencapai kes melebihi 2 juta dan merupakan negara yang mempunyai jumlah kes tertinggi di dunia.
Negara Brazil masih merupakan negara yang mempunyai jumlah kes harian tertinggi iaitu 30,412 kes, namun menunjukkan penurunan berbanding semalam 65,004 kes.
Teruskan mengamalkan langkah pencegahan dalam rutin harian. Amalan-amalan ini boleh menyelamatkan nyawa kita semua.
#SelangorGempurCovid19