Media

COVID-19
10/6/20
Isu
Negara

Statistik Jangkitan Covid-19 Dunia Mengikut Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi statistik kes jangkitan Covid-19 dunia mengikut negara oleh KKM setakat 10 Jun 2020.

Bersama kita terus perangi wabak Covid-19 dengan mengamalkan langkah pencegahan harian dan mengadaptasi norma baharu dalam rutin harian kita.

#SelangorGempurCovid19

Dipetik dari FB KKM:

Jumlah Keseluruhan kes COVID-19 dunia melepasi angka 7 juta dengan kesembuhan kurang dari separuh jumlah kes iaitu 46.66%.

3 negara dengan kes harian tertinggi adalah termasuk Brazil (kira-kira 30 ribu), Amerika Syarikat kira-kira 19 ribu) dan India (kira-kira 10 ribu). Dilaporkan peningkatan kes yang membimbangkan di Brazil kerana rakyatnya tidak mematuhi perintah berkurung.

Senario yang berlaku di Amerika Syarikat, Brazil dan beberapa negara lain menunjukkan kepatuhan rakyat kepada perintah berkurung dan SOP adalah penting mengawal jangkitan. Contoh terbaik ialah New Zealand dan Sweden. Begitu juga di Malaysia, pelaksanaan PKP dan kepatuhan sosial menjadikan trend jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan terus menurun mengikut unjuran KKM.

Terima kasih rakyat Malaysia.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.