Statistik Covid-19 Mengikut Negeri dari KKM bertarikh 18 April 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi kemaskini dari KKM mengenai pecahan kes Covid-19 di Malaysia mengikut negeri setakat 18 April 2020, jam 12 tengah hari.
Menurut KKM, negeri Johor, Kuala Lumpur dan Sabah antara 3 buah negeri yang merekodkan jumlah kes positif tertinggi pada hari ini.
54 kes baharu dilaporkan pada hari ini, menjadikan kes keseluruhan #Covid19Malaysia sebanyak 5,305 kes.
Mari kita tingkatkan usaha kita dalam mematuhi Peintah Kawalan Pergerakan. Pesan pada keluarga dan rakan taulan. Kita hanya perlu #DudukRumah
#SelangorGempurCovid19
