Statistik COVID-19 Dunia Mengikut Negara bertarikh 21 Jun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi statistik COVID-19 dunia mengikut negara bertarikh 21 Jun 2020.
Negara Brazil telah mencapai jumlah kes melebihi 1 juta disebabkan kes harian negara itu pada hari ini naik melebihi 2 kali ganda iaitu 55,209 kes berbanding jumlah kes harian semalam iaitu 23,050 kes.
Negara Malaysia masih berada di kedudukan ke-68 bagi jumlah kes keseluruhan, namun kadar kesembuhan meningkat iaitu 95.21% berbanding semalam 94.55%.
Teruskan mematuhi PKPP dan amalkan penjarakan fizikal serta membasuh tangan dengan kerap.
#SelangorGempurCOVID19