Suara

COVID-19
29/9/21
Selangor
Bantuan
Isu
STFC19
Pakej Kita Selangor 2.0

Sinar Harian: Lebih RM 1 juta jayakan inisiatif pemantauan kendiri di rumah

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah membelanjakan sejumlah RM1 juta bagi tempoh sehingga 21 September lalu dalam menjayakan inisiatif pemantauan kendiri di rumah melalui Home Assessment Tool (HAT) buat rakyat negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.25 juta bagi menjayakan inisiatif berkenaan yang diperkenalkan dalam Pakej Kita Selangor 2.0 sebelum ini.

"Kerajaan negeri akan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Selangor terbela sewaktu ancaman pandemik ini," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook pada Selasa.

Info grafik berhubung perkembangan inisiatif itu yang turut dimuat naik di laman Facebook Amirudin pada Selasa.
Kerajaan Selangor pada Jun mengumumkan pemberian HAT kepada penduduk di negeri itu yang disahkan positif Covid-19 dalam membantu mengurangkan kes kematian di luar hospital (BID) di Selangor.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, inisiatif berkenaan merupakan pemberian alat penilaian kendiri untuk pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Kit ini mengandungi pelitup muka KN95, termometer, oximeter, ubat-ubatan dan kit ujian air liur serta beberapa keperluan lain yang sangat penting bagi mencegah kes BID," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.