Sinar Harian: ADUN Selangor mula tugas rasmi esok
SHAH ALAM - Majlis angkat sumpah yang akan berlangsung pada Selasa melibatkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menandakan tugas mereka sebagai wakil dan suara kepada rakyat bermula secara rasmi.
ADUN Taman Templer (PH-Amanah), Anfaal Saari yang juga Exco kerajaan negeri berkata, majlis tersebut bermakna bermulalah tugas hakiki beliau ditambah dengan kuasa eksekutif sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk membantu Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Shari.
"Saya juga akan memberi fokus kepada masalah ekonomi, kebajikan masyarakat dan ini perlu dilihat secara holistik apa ruang-ruang (yang ada) untuk mengeluarkan mereka daripada kesusahan dialami.
"Maknanya kita hendak berdayakan wanita, keluarga dan kembalikan fungsi komuniti lihat kepada jiran-jiran, dengan itu bukan hanya kebajikan tetapi naikkan kapasiti dan kemampuan rakyat," katanya.
Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor mengangkat sumpah dalam Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berlangsung pada Selasa.
Sementara itu, ADUN Sungai Air Tawar (PH-BN), Datuk Rizam Ismail yang juga Exco kerajaan negeri berkata, beliau akan membantu Menteri Besar dengan portfolio yang disandangnya.
"Insya-ALLAH kita akan menambah baik dengan memperkasakan portfolio ini termasuk meneruskan program-program yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Selangor," kata Exco Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi dan Perpaduan Nasional itu.
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu selepas menguasai 34 daripada 56 DUN, sekali gus dapat membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15.
Pada 21 Ogos, seramai 10 ADUN mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri Istana Alam Shah.
Sementara itu, ADUN Jeram (PN-Bersatu), Datuk Harrison Hassan berkata, sebagai ADUN baharu diamanahkan majoriti pengundi DUN Jeram, beliau akan terus melihat ke hadapan dan membawa suara rakyat kawasannya.
"Esok hanya majlis angkat sumpah sahaja dan tiada sesi lain, namun ia menandakan bermulanya khidmat dan perjuangan saya untuk rakyat kawasan Jeram serta parti Perikatan Nasional.
"Dalam membawa isu-isu rakyat kelak, polisi-polisi kerajaan negeri juga harus disemak imbang supaya satu polisi lebih telus, bersih dan stabil dapat dihasilkan untuk rakyat Selangor khususnya penduduk Jeram," katanya.
Dalam pada itu, sebagai salah seorang daripada 22 ADUN pembangkang, beliau turut berharap isu peruntukan bagi ADUN pembangkang dapat diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan negeri.
"Ini kerana ADUN pembangkang mahu pun ADUN kerajaan mempunyai matlamat sama iaitu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Selangor di DUN masing-masing, maka ia wajar diselaraskan sama dengan peruntukan diterima ADUN kerajaan," katanya.
Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor mengangkat sumpah dalam Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berlangsung pada Selasa.
ADUN Taman Templer (PH-Amanah), Anfaal Saari yang juga Exco kerajaan negeri berkata, majlis angkat sumpah berkenaan menandakan tugas mereka sebagai wakil dan suara kepada rakyat bermula secara rasmi.
"Majlis angkat sumpah maknanya (bermula) tugas saya yang hakiki ditambah dengan kuasa eksekutif sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk membantu Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Shari.
"Saya juga akan memberi fokus kepada masalah ekonomi, kebajikan masyarakat dan ini perlu dilihat secara holistik apa ruang-ruang (yang ada) untuk mengeluarkan mereka dari kesusahan dialami.
"Maknanya kita hendak berdayakan wanita, keluarga dan kembalikan fungsi komuniti lihat kepada jiran-jiran, dengan itu bukan hanya kebajikan tetapi naikkan kapasiti dan kemampuan rakyat," katanya.
Sementara itu, ADUN Sungai Air Tawar (PH-BN), Datuk Rizam Ismail yang juga Exco kerajaan negeri berkata, beliau akan membantu Menteri Besar dengan portfolio yang disandangnya.
"Insya-ALLAH kita akan menambah baik dengan memperkasakan portfolio ini termasuk meneruskan program-program yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Selangor," kata Exco Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi dan Perpaduan Nasional itu.
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu selepas menguasai 34 daripada 56 DUN sekali gus dapat membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15.
Pada 21 Ogos, seramai 10 ADUN mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri Istana Alam Shah.
Sementara itu, ADUN Jeram (PN-Bersatu), Datuk Harrison Hassan berkata, sebagai ADUN baharu diamanahkan majoriti pengundi DUN Jeram beliau akan terus melihat ke hadapan dan membawa suara rakyat kawasannya.
"Esok hanya majlis angkat sumpah sahaja dan tiada sesi lain, namun ia menandakan bermulanya khidmat dan perjuangan saya untuk rakyat kawasan Jeram serta parti Perikatan Nasional.
"Dalam membawa isu-isu rakyat kelak, polisi-polisi kerajaan negeri juga harus disemak imbang supaya satu polisi lebih telus, bersih dan stabil dapat dihasilkan untuk rakyat Selangor khususnya penduduk Jeram," katanya.
Dalam pada itu, sebagai salah seorang dari 22 ADUN pembangkang, beliau turut berharap isu peruntukan bagi ADUN pembangkang dapat diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan negeri.