Inisiatif

COVID-19
19/3/20
Negara

Sidang Media Khas Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Menteri Pertahanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pelawat laman web,

Kami di Pejabat Negeri Selangor ingin berkongsi makluman dari pihak Kementerian Pertahanan buat rujukan semua.

Dipetik dari Dato's Sri Ismail bin Yaakob, Menteri Pertahanan Malaysia

Keadaan hari kedua selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan lebih tenang berbanding hari pertama, namun masih ramai yang tidak patuh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kami lihat Rakyat masih berkeliaran seolah-olah tiada apa yang berlaku, biarpun  hari ini dicatatkan sebanyak 975 didapati positif #covid-19.

Besar kemungkinan, jika kadar pematuhan adalah rendah, pihak tentera akan digerakkan untuk membantu pihak polis mengawal keadaan.

Semoga rakyat lebih mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kita harus sedar usaha kerajaan ini adalah semata-mata untuk menjaga keselamatan
serta nyawa semua.

Jadi, saya ingatkan semua supaya Duduk Rumah.

#stayhomestaysafe

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Menteri Pertahanan Malaysia

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.