Seramai 2,800 kanak-kanak akan menerima inisiatif bantuan makanan berkhasiat
Seramai 2,800 kanak-kanak akan menerima inisiatif bantuan makanan berkhasiat iaitu Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) pada tahun ini. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM500,000 bagi pelaksanaannya.
Tahun lepas, bantuan ini dimulakan meliputi susu tepung penuh krim, biskut, bijirin dan multivitamin bagi penyerapan kalsium dan menguatkan tulang. Khasiat ini penting kerana mampu membantu mengatasi masalah bantut dan kekurangan berat badan kelompok sasaran.
Tahun ini, penerima manfaat termasuk ibu bapa dan penjaga akan diberi pendedahan kepada penyediaan makanan berkhasiat oleh pakar pemakanan. Malah 56 pusat ASAS akan ditubuhkan di setiap DUN sebagai pusat pemantauan.