Senarai Terkini Jangkitan Covid-19 dan Amaran Dari Pihak Majlis Keselamatan Negara
Assalamualaikum dan Salam sejahtera para pelawat laman web,
Saya dan kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor ingin berkongsi bilangan kes jangkitan Covid-19 mengikut negeri dan pada masa yang sama saya ingin tekankan yang warga Selangor HARUS PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.
Sekiranya dilihat di senarai di bawah, Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi. Ini bermakna warga Selangor belum cukup mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Selaku Menteri Besar Negeri Selangor, saya percaya yang warga Selangor dapat memperkuatkan usaha "Social Distancing" dan ikuti gerakan #DudukDiRumah.
Saya juga ingin berkongsi amaran dari pihak Majlis Keselamatan Negara kepada mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Hukuman yang berat akan dikenakan kepada pesalah.
Diharapkan anda semua lebih prihatin terhadap situasi Covid-19 ini. Dapatkan saringan jikalau anda terdedah kepada risiko, jangan sebar berita palsu, jangan berpura-pura sakit sekiranya anda sihat, dan sila kekal di dalam kediaman masing - masing.
Ambil peringatan yang hukuman oleh Majlis Keselamatan Negara akan dijalankan secarag tegas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.