Selangor TV: Selangor pelawa Iwatani Corporation teroka prospek baharu
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memulakan lawatan kerja ke Jepun bermula 6 hingga 8 Mac dengan agenda mesyuarat bersama Iwatani Corporation yang berpusat di Osaka. Amirudin berkata, syarikat yang ditubuhkan sejak 1930 itu merupakan syarikat yang fokus dalam bidang gas dan perkhidmatan tenaga. Dalam kesempatan itu, delegasi Selangor turut mempelawa pihak Iwatani untuk melabur di Selangor dengan meneroka prospek-prospek yang tersedia.