Selangor TV: Permohonan Geran Perpaduan sehingga RM250,000 kini dibuka
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan menyediakan sejumlah dana RM250,000 bagi melaksanakan inisiatif baharu Geran Perpaduan ‘Kita Selangor’. EXCO Perpaduan, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, inisiatif tersebut untuk memperkukuh mesej perpaduan melalui program, penyelidikan atau inisiatif secara ‘one off’ atau berkala.