Selangor Saring adalah program saringan kesihatan percuma untuk rakyat negeri ini.
Selangor Saring adalah program saringan kesihatan percuma untuk rakyat negeri ini. Antara fokus saringan ialah penyakit jantung, kencing manis, kanser, glaukoma dan banyak lagi.
Pendaftaran juga mudah dan boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah. Selangor Saring Fasa Pertama telah mencatat hampir 25 ribu penyertaan dari seluruh Selangor.
Insya-Allah Selangor Saring Fasa Kedua akan terus ditambah baik untuk manfaat rakyat Negeri Selangor.
Sama-sama kita memastikan kesihatan diri yang lebih baik.
