Media

Terkini
3/5/24
Selangor

Selangor Kini: Sekitar Stadium Shah Alam kawasan hijau, dilengkapi sistem elak banjir

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Pembinaan Stadium Shah Alam yang dijadual siap pada hujung 2026 menekankan persekitaran hijau seiring agenda melestari alam sekitar.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata bangunan dimajukan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) itu turut dilengkapi sistem aliran untuk mengelak banjir kilat sekitar Seksyen 13.

“Proses meroboh stadium lama dijangka bermula awal Jun ini. Selepas selesai, kita akan teruskan pembinaan bangunan baharu.

“Persediaan merobih sudah dilakukan termasuk memasang adang. Ini untuk elakkan kawasan stadium diceroboh pihak luar,” kata Saipolyazan Mat Yusop pada majlis rumah terbuka Aidilfitri MBI bersama media hari ini.

Pada Isnin, Dato’ Menteri Besar memaklumkan proses pembinaan Stadium Shah Alam berjalan lancar dan dijangka siap seperti dijadual.

Pada Februari, pengurus besar unit projek khas MBI memaklumkan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan tiga fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.

Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz berkata fasa pertama merangkumi proses perobohan dan pembinaan semula stadium dijangka selesai Mac tahun depan, seterusnya pembangunan stadium lengkap dengan ruang perniagaan serta plaza parkir dijangka siap 2026.

Fasa kedua diteruskan bermula Januari 2027 membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi manakala peringkat akhir tmelibatkan pembinaan terminal bersepadu dan hotel yang dijangka bermula Januari 2028 hingga Disember 2029.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.