Inisiatif

Terkini
15/12/23
Selangor

Selangor Kini: PKNS belanja RM2 bilion bangun projek peremajaan bandar di Shah Alam



SHAH ALAM, 14 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal membangunkan sebuah projek peremajaan bandar di Shah Alam pada suku ketiga tahun hadapan.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata projek yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion dimulakan di kawasan sekitar stesen Aliran Transit Ringan 3 (LRT 3) Dato Menteri.

Menurut Dato’ Mahmud Abbas, projek pembangunan itu juga bercirikan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) berkonsepkan Bandar Pintar.

“Kita rancang untuk membina kondominium kemudian bangunkan PKNS Square serta menambah baik beberapa bangunan yang terletak di kawasan sekitar Seksyen 14, Shah Alam antaranya Kompleks PKNS dan SACC Mall.

“Projek ini mengambil masa agak panjang tetapi insya-Allah kita akan pastikan pada 2028, projek ini mencapai lebih 90 peratus hampir siap iaitu bertepatan dengan hasrat MBSA yang akan menyambut ulangtahun (ke-50 bandaraya Shah Alam),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program ‘Shah Alam Trees For Life’ di Taman Tasik Shah Alam di sini semalam.

Program berkenaan disempurnakan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman.

Terdahulu, PKNS turut menyerahkan cek cura sejumlah RM30,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menjayakan program ‘Shah Alam Trees For Life’.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.