Media

Terkini
22/10/21
Selangor
Bantuan
Pakej Kita Selangor 2.0

Selangor Kini: Percuma! Dapatkan baucar pelancongan RM100 mulai tengah malam ini

SHAH ALAM, 21 OKT: Baucar Pelancongan Selangor 2.0 bernilai RM100 setiap satu boleh ditebus mulai tengah malam ini menerusi aplikasi beli-belah terkenal Shopee.

Tourism Selangor menerusi Twitter memaklumkan  10,000 baucar ‘Pusing Selangor Dulu’ dengan peruntukan RM1 juta boleh ditebus sehingga 31 Disember ini dan sah digunakan hingga 30 Jun tahun depan.

Baucar berkenaan boleh digunakan untuk membeli lebih 170 pakej pelancongan menarik yang ditawar 35 agensi pelancongan negeri.

Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun layak menebus baucar yang terhad kepada satu transaksi tersebut menerusi ‘ShopeePay’.

Tourism Selangor menjelaskan kemudahan itu tidak boleh diganti produk lain. Penggunaan dihentikan setelah baucar habis atau tempoh kempen berakhir.

Baucar tersebut yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dilancar EXCO Pelancongan Hee Loy Sian pada 5 Oktober.

Dengan peruntukan RM2.55 juta, fasa pertama program berlangsung mulai Januari yang menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Maklumat lanjut, layari pautan selangor.travel

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.