Suara

Siaran Akhbar
28/6/20
Isu
Selangor

Selangor Kini : MB: Selangor rangka strategi pulih semula pelancongan domestik

Artikel asal terbit di SleangorKini.my pada 28 Jun 2020

BATU CAVES, 28 JUN: Kerajaan Negeri menumpukan strategi memulihkan semula pelancongan domestik yang terjejas lebih tiga bulan susulan pandemik Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah pelancong kekal merosot meskipun sektor tersebut dibuka berperingkat mulai 4 Mei lalu.

“Pengunjung masih tidak selesa dan mungkin mengambil masa antara enam hingga setahun untuk pulih, justeru kita tumpu (pelancongan) domestik supaya pasaran ini betul-betul digerakkan,” katanya selepas penyerahan surat tawaran Pangsapuri Selangorku Seri Temenggong di sini semalam.

Beliau berkata usul mengenainya dibentangkan Tourism Selangor dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor baru-baru ini yang turut menekankan kawalan program berskala besar.

“Selangor menerima limpahan pelancong melalui konvensyen, pendidikan dan konsert. Bagaimanapun, kini kita perlu tetapkan skala (pengunjung) lebih kecil, tidak seperti sebelum ini,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.