Selangor Kini: Mais tawar potongan 50 peratus permohonan buat wasiat sempena merdeka
SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan potongan sebanyak 50 peratus bagi permohonan membuat wasiat sempena bulan kebangsaan.
Agensi memaklumkan tawaran istimewa itu bermula esok sehingga 18 September ini dan terhad kepada 2,000 pelanggan pertama.
“Rebutlah peluang ini dengan membuat wasiat untuk yang tersayang dan sebagai jariah yang berpanjangan,” tulisnya di Facebook.
Mais juga menggalakkan pengguna mendaftar wasiat secara dalam talian menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my atau mengimbas kod respon pantas seperti tertera.
Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai wasiat boleh layari laman sesawang https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/