2/2/23
Selangor

Selangor Kini: Lebih 10,000 hadir pameran pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam

SHAH ALAM, 1 FEB: Lebih 10,000 individu berkunjung ke pameran awam pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sejak 26 Januari lalu di pusat beli-belah SACC Mall, di sini.

Ketua Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Mohd Ramali Abu Bakar berkata rata-rata pengunjung memberi maklum balas positif dan bersetuju dengan pembangunan semula kompleks sukan itu.

“Lebih 97 peratus mengakui teruja dengan pembangunan KSSA terutama reka bentuk Stadium Shah Alam dan mereka juga menyokong pembinaan semula kompleks sukan terbabit.

“Kita mengalu-alukan lebih ramai hadir ke pameran ini sekali gus membantu memberi maklum balas atau cadangan berhubung pembangunan semula KSSA ini,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas sama ada pihaknya bercadang untuk membawa pameran itu ke daerah lain, Mohd Ramali berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut terlebih dahulu.

Beliau turut mengalu-alukan orang awam memberi cadangan terhadap struktur dan pelan pembangunannya KSSA yang boleh dikongsi melalui e-mel kssa.maklumbalas@gmail.com atau imbas kod QR.

Pameran awam pembangunan semula KSSA diadakan bagi memberi peluang orang awam menilai pembinaan projek yang melibatkan belanja sebanyak RM787 juta.

Pada 5 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pembangunan semula KSSA termasuk stadium negeri akan bermula pada suku pertama tahun ini.


Seterusnya
No items found.
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.