Suara

COVID-19
12/10/20
Isu
Selangor
STFC19

Selangor Kini : Komunikasi tangani Covid-19 mesti berkesan, elak rakyat keliru - MB

SHAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan Negeri berharap komunikasi krisis yang lebih berkesan ketika Kerajaan Persekutuan dan Negeri menangani wabak Covid-19 agar rakyat tidak keliru.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga mengingatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Perintah Bersyarat (PKPB) tidak harus membawa kepada suasana tidak menentu kepada banyak pihak.

“Kerajaan Negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan muktamad melibatkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil dan sederhana,” katanya.


Beliau mengakui “agak terkejut” dengan pengumuman PKPB di seluruh negeri walau “hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.”

“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Amirudin berkata Kerajaan Negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula.

Beliau juga menjelaskan ada beberapa cadangan tertentu yang boleh dikemukakan kepada MKN untuk dipertimbangkan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.