Media

Peristiwa
27/2/23
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Jelajah bantuan rakyat diteruskan di Hulu Langat, Kuala Langat minggu depan

KUALA SELANGOR, 26 FEB: Program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) yang membuka tirainya minggu lalu akan diteruskan ke daerah Hulu Langat dan Kuala Langat minggu depan.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata JKSP akan menjelajah ke kawasan lain yang belum pernah dianjurkan sebelum ini.

“Minggu depan kita akan ke Hulu Langat dan Kuala Langat untuk bertemu penduduk di sana pula,” katanya ketika ditemui selepas program JKSP Kuala Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur, hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras itu menjelaskan JKSP dianjurkan bagi memperkenalkan 44 program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dilaksana Kerajaan Negeri untuk rakyat.

Menurutnya, kebanyakan penduduk tidak tahu mengenai inisiatif tersebut sekali gus menyebabkan bantuan tidak sampai ke golongan sasar.

“Hari ini masalah kita hanya satu. Kebanyakan rakyat tidak tahu kita ada 44 program. Sebab itu kita perlu bantuan pelbagai pihak untuk sampaikan produk ini ke bawah,” katanya.

JKSP yang sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Selangor Penyayang (JSP) menyediakan pelbagai acara antaranya saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah, pameran dan acara santai serta riadah.

Program itu juga menjadi pendekatan Kerajaan Negeri untuk menghebahkan semua program ISP itu kepada rakyat.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.