Media

Terkini
11/1/24
Selangor

Selangor Kini: Individu kurang mampu dapatkan rawatan dipelawa mohon Bantuan Sihat Selangor



SHAH ALAM, 10 JAN: Individu yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan kesihatan dipelawa memohon Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang dibuka sejak 2 Januari lalu.

EXCO kesihatan awam berkata inisiatif Kerajaan Negeri itu meliputi bantuan rawatan dialisis buah pinggang, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan alat perubatan di hospital kerajaan.

“Tahun lalu seramai 2,608 penerima manfaat bagi program BSS adalah dalam kalangan mereka yang  kurang mampu memandangkan kos rawatan bagi sesetengah penyakit agak tinggi.

“Justeru, tahun ini kita mengambil inisiatif meneruskan BSS dan menyeru individu yang ada penyakit berkaitan untuk memohon bantuan ini sebelum tarikh tutup pada 30 September,” kata Jamaliah Jamaluddin ketika dihubungi.

Tambah Jamaliah, pemohon mestilah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

Beliau menambah, pemohon juga perlu sertakan salinan surat kelulusan Bantuan Sara Hidup (BSH) atau maklumat pendaftaran e-kasih.

“Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak serta mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan orang kurang upaya,” katanya.

Kerajaan Negeri meneruskan BSS dengan peruntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membolehkan setiap  penerima BSS mendapat bantuan kewangan sehingga RM5,000 bagi menampung kos rawatan kesihatan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan bantuansihat.selangor.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 1-800-22-6600 atau emel ke bss@selcare.com.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.