Inisiatif

Terkini
3/8/22
Selangor
KDNK

Selangor Kini: Hasil marin, akuakultur antara produk pertanian bakal dikeluarkan di Selangor

SHAH ALAM, 2 OGOS: Hasil marin dan akuakultur antara enam produk pertanian yang akan dikeluarkan di Selangor sehingga 10 tahun akan datang.

EXCO pertanian berkata manakala selebihnya merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan ruminan dan bukan ruminan dengan kesemuanya berada pada tahap evolusi teknologi.

Ir Izham Hashim menjelaskan tanaman sayur menggunakan konsep hidroponik dan akuaponik, penggunaan bahan kimia yang minimum selain pengeluaran lebih banyak benih kelapa matang berbanding ketika ini.

“Selain itu, pengeluaran ikan laut yang lebih rendah harganya seperti cadangan projek penternakan ikan banding atau ikan susu.

“Ia termasuk meningkatkan pengeluaran ternakan ruminan lembu sado dan baka kambing Black Belly Barbados yang mempunyai tahap rintangan penyakit serta penghasilan baka lebih banyak.

“Manakala pengeluaran ternakan bukan ruminan seperti ayam yang diternak secara moden iaitu penggunaan reban tertutup dan penternakan arnab,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab pertanyaan wakil rakyat Lembah Jaya Haniza Talha, beliau memaklumkan Selangor menyediakan pelan perancangan pemodenan pertanian di bawah Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang menumpukan beberapa aspek.

Menurut Izham, ia membabitkan penggunaan teknologi moden bagi memastikan setiap hasil berkualiti tinggi dan mengoptimumkan ruang yang ada seperti tanaman berkonsepkan hidroponik serta akuaponik.

“Di samping itu, mengeluarkan benih tanaman bagi mengelakkan kebergantungan kepada benih import seperti melon, jagung bijirin, jagung manis dan betik.

“Penggunaan input pertanian bersifat organik juga diberi perhatian bagi mengurangkan penggunaan racun kimia terhadap serangga perosak,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.