Selangor berjaya mengutip hasil RM2.405 bilion
Setakat 9 November 2023, Selangor telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM2.405 bilion iaitu melebihi sasaran RM2 bilion bersamaan 120 peratus. Prestasi ini menggambarkan usaha berpasukan Kerajaan Negeri yang mantap dan harmoni.
Bagi menghargai kerja keras para penjawat awam, Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak dua bulan setengah atau minimum RM1,000 diberi kepada semua yang berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gaji dibayar Kerajaan Persekutuan.