SELangkah mengucapkan Terima Kasih kepada Empire City
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat pihak Kerajaan Selangor dan juga SELangkah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Empire City kerana memanfaatkan aplikasi SELangkah di premis mereka.
Empire City Mall mempunyai peminat tersendiri yang sentiasa datang kerana kepelbagaian kedainya. Walaupun sudah ambil langkah pencegahan, risiko jangkitan tetap ada.
Empire City Mall bertindak bijak. Mereka menggunakan SELangkah bagi mendaftar masa masuk-keluar setiap orang di premis. Dengan langkah ini, Empire City Mall sebenarnya telah melindungi pelanggan, melindungi premis dan membantu para frontliners untuk sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Perniagaan dapat berjalan, SOP dapat dipatuhi.
Mudah dan cepat.
Terima kasih, Empire City!
#SelangorGempurCOVID19
#SELangkah