SELangkah mengucapkan Terima Kasih Cash Converters
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bagi pihak SELangkah dan Kerajaan Selangor, kami di pejabat YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Cash Converters kerana memanfaatkan aplikasi SELangkah di premis-premis mereka.
Cash Converters mempunyai peminatnya yang tersendiri dan sangat ramai. Bagi sesiapa yang suka dagangan barang terpakai yang berkualiti, sudah tentu selalu mengunjungi premis mereka.
Cash Converters telah menggunakan SELangkah bagi mendaftar masa masuk-keluar setiap orang di premis. Dengan langkah ini, Cash Converters sebenarnya telah melindungi pelanggan, melindungi premis dan membantu para frontliners untuk sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Terima kasih, Cash Converters Malaysia!
#SelangorGempurCOVID19
#SELangkah