SELAngkah mengucapkan Terima Kasih buat Caltex

Asaalamualaikum dan salam sejahtera,
SELangkah ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak CALTEX yang telah mneggunakan dan memanfaatkan aplikasi ini buat kesejahteraan ramai pihak.
Stesen minyak merupakan salah satu lokasi pertemuan ramai yang tidak kenal antara satu sama lain. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Namun, CALTEX bertindak bijak dengan menggunakan SELangkah bagi mendaftar masa masuk-keluar setiap orang di premis. Dengan langkah ini, CALTEX sebenarnya telah melindungi pelanggan, melindungi premis dan membantu para frontliners untuk sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Perniagaan dapat berjalan, SOP dapat dipatuhi.
Mudah dan cepat.
Terima kasih, Caltex Malaysia!
#SelangorGempurCOVID19
#SELangkah