Sekatan Kemasukan Warga Asing Dari Negara Melebih 150,000 Kes COVID-19
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5f58ba409dbe9b652459810b_amirudinshari_com_Ogos_STFC_Sekat-Kemasukan.jpg)
Malaysia telah mengenakan sekatan kemasukan warga asing dari negara-negara yang dianggap berisiko tinggi bagi menularkan jangkitan COVID-19 kepada negara. Kementerian Kesihatan Malaysia berpandangan bahawa langkah ini amat kritikal untuk melindungi negara.
Inisiatif proaktif ini bukan satu langkah yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai faktor daripada perdagangan antarabangsa sehinggalah pemegang pas jangka panjang yang telah mempunyai pelbagai urusan di Malaysia. Namun, kadar jangkitan yang sangat tinggi di negara-negara berkenaan memungkinkan keciciran jangkitan yang tidak dapat dijangka.
Hal ini merupakan satu langkah yang besar. Rakyat Malaysia juga bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan dengan sentiasa memastikan tahap kepatuhan SOP serta norma baru pada aras tertinggi. Tidak guna sekiranya kita menghalang jangkitan luar daripada masuk ke dalam negara kita tetapi kita sendiri tidak menjalankan fungsi warganegara dengan sebaiknya.