Inisiatif

Peristiwa
28/2/22
Isu
Selangor

SALAM ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1443H

“Solat itu tiang agama.”

- Hadis Riwayat Baihaqi

Peristiwa Israk dan Mikraj amat signifikan dengan perintah menunaikan ibadah solat yang menjadi tiang seri dalam kehidupan seseorang Muslim. Sepertimana firman Allah SWT:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al Isra’ ayat 1)

Peristiwa Israk Mikraj juga menandakan kita semakin hampir dengan bulan Ramadan Al Mubarak. Marilah bersama kita mempersiapkan diri menjelang hadirnya bulan yang amat dinantikan, bulan di mana terdapat satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan.

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.