Inisiatif

Peristiwa
23/2/22
Banjir
Isu
Selangor

RESPONBALAS BERATUR PANJANG BANTUAN SELANGOR BANGKIT (BSB)

KENYATAAN MEDIA
23hb Februari 2022

Saya mengambil maklum responbalas ramai tentang pemohon bantuan banjir yang beratur panjang semalam.

Pihak PDT Klang memberi pilihan kepada pemohon untuk sama ada menerima tunai atau  secara EFT ke dalam akaun bank mereka.

Namun majoriti pemohon memilih untuk datang mengambil tunai dan ini menyebabkan barisan yang panjang di tempat yang disediakan. Keadaan menjadi sukar dikawal berikutan majoriti penduduk memilih untuk hadir lebih awal berbanding masa yang ditetapkan melalui SMS yang mereka terima, menyebabkan pemohon hadir beberapa jam lebih awal daripada waktu janji temu yang ditetapkan.

Saya memohon agar pemohon yang masih belum menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) untuk menepati waktu janji temu yang ditetapkan melalui SMS yang dikirim kepada pemohon secara terus. Hadirlah pada hari dan masa yang diberi.

InsyaAllah dengan kerjasama dan persefahaman semua pihak, penyaluran BSB akan menjadi lebih lancar dan selesai mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

__

DATO' SERI AMIRUDIN SHARI
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.