Inisiatif

COVID-19
29/3/20
Negara
Isu

Rawatan Terbaik Yang Sedang Diberikan Kepada Pesakit Covid 19 oleh KKM

Kami di pejabat Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari ingin berkongsi maklumat terkini mengenai rawatan yang sedang diusahakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga kini, terdapat lebih 2 ribu kes positif telah di kesan di seluruh Malaysia.

73 kes masih bertarung nyawa di Wad Rawatan Rapi. Masih ramai yang bergantung hayat dengan alat bantuan pernafasan.

Rawatan terbaik cuba diberikan antaranya:
1. Chloroquine
2. Hydroxychloroquine
3. Lopinavir/ Ritonavir (Kaletra)
4. Favipiravir
5. Remdesivir

KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit.

Semoga dengan usaha ini pesakit pesakit diberikan kesembuhan. Amin!

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.