Mutakhir ini, terlalu banyak putar belit dan fitnah yang ditabur oleh golongan pemecah belah yang terlalu asyik bermain politik dan timbulkan ketidakstabilan. Saksikan video ini untuk ulasan dan jawapan dari saya.
Seperti contoh, ada yang tohmah program air percuma sudah tiada di Selangor. Saya ingin jelaskan bahawa program air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) tetap dilaksanakan di Selangor dan dinikmati hampir 4 juta pengguna seluruh Selangor. Setelah pelaksanaan program ini hampir 10 tahun, Kerajaan Negeri menyelaras semula bagi memastikan kedudukan kewangan Air Selangor mampan untuk melaksanakan program pertukaran paip. Malah penyelarasan ini juga dilaksanakan bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan dapat terima manfaat. Sebelum ini, pengguna yang mempunyai rumah banglo di Bukit Damansara turut menikmati skim air percuma sama seperti pengguna di Flat PPR Lembah Subang. Dengan penyelarasan semula ini, mereka yang berpendapatan RM 5,000 ke bawah sahaja menerima manfaat ini.
Seperkara lagi adalah tohmahan bantuan warga emas telah dihapuskan. Mereka turut menyebar fitnah bahawa Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah dihentikan walhal ia ditukar kepada BINGKAS yang lebih tinggi nilai bantuan dan manfaatnya.
Malah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) juga telah distruktur menjadi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang memberi baucar shopping setiap tahun kepada warga emas semasa hidup berbanding menerima wang selepas meninggal dunia seperti zaman dahulu.
Kesimpulannya, usah terpedaya dengan golongan pemecah belah yang menabur fitnah dan pembohongan. Kerajaan Perpaduan adalah gabungan terbaik untuk Selangor
🔴🟡
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor
#KitaSelangor
#ArusMerahKuning
#PerpaduanSelangor
Posted by Amirudin Shari on Sunday, July 23, 2023
Mutakhir ini, terlalu banyak putar belit dan fitnah yang ditabur oleh golongan pemecah belah yang terlalu asyik bermain politik dan timbulkan ketidakstabilan. Saksikan video ini untuk ulasan dan jawapan dari saya.
Seperti contoh, ada yang tohmah program air percuma sudah tiada di Selangor. Saya ingin jelaskan bahawa program air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) tetap dilaksanakan di Selangor dan dinikmati hampir 4 juta pengguna seluruh Selangor. Setelah pelaksanaan program ini hampir 10 tahun, Kerajaan Negeri menyelaras semula bagi memastikan kedudukan kewangan Air Selangor mampan untuk melaksanakan program pertukaran paip. Malah penyelarasan ini juga dilaksanakan bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan dapat terima manfaat. Sebelum ini, pengguna yang mempunyai rumah banglo di Bukit Damansara turut menikmati skim air percuma sama seperti pengguna di Flat PPR Lembah Subang. Dengan penyelarasan semula ini, mereka yang berpendapatan RM 5,000 ke bawah sahaja menerima manfaat ini.
Seperkara lagi adalah tohmahan bantuan warga emas telah dihapuskan. Mereka turut menyebar fitnah bahawa Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah dihentikan walhal ia ditukar kepada BINGKAS yang lebih tinggi nilai bantuan dan manfaatnya.
Malah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) juga telah distruktur menjadi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang memberi baucar shopping setiap tahun kepada warga emas semasa hidup berbanding menerima wang selepas meninggal dunia seperti zaman dahulu.
Kesimpulannya, usah terpedaya dengan golongan pemecah belah yang menabur fitnah dan pembohongan. Kerajaan Perpaduan adalah gabungan terbaik untuk Selangor.