Media

COVID-19
10/6/20
Isu
Negara

Public Health Malaysia : Perbandingan graf Spanish Flu 1918 dan graf kes COVID-19 Malaysia

Asslaamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi perbandingan graf antara Spanish Flu 1918 dan graf kes COVID-19 di Malaysia.

Bersama kita mengingatkan diri kita dan semua di sekililing kita agar tidak leka melawan wabakCovid-19 dengan pelbagai cara pencegahan seperti penjarakan sosial dan tidak berhimpun demi kesejahteraan semua.

#SelangorGempurCovid19

Dipetik dari FB Public Health Malaysia:

Lihat persamaan graf Spanish Flu 1918 dan graf kes COVID-19 Malaysia. Apakah persamaan ini?

Gelombang pertama dan kedua.

Gelombang ketiga?

Sebelum ini, ramai pakar dan netizen yang menjangkakan peningkatan kes atau gelombang yang akan berlaku akibat daripada perlonggaran PKP. Berikut adalah kluster yang telah dijangkakan:

Kluster Kayangan pulang dari melancong
Kluster 4 Mei (PKPB) pembukaan sektor ekonomi
Kluster Raya 24 Mei (PKPB)

Semuanya jangkaan kluster ini tidak berlaku. Yang hanya berlaku adalah kluster PATI iaitu warga asing. Ini kerana tahap kesedaran rakyat tentang pentingnya penjarakan sosial adalah tinggi dan keberkesanan tindakan kerajaan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan yang menghadkan pergerakan rakyat.

Selepas ini, PKPP (Fasa Pemulihan), dimana pergerakan rakyat tidak lagi dibataskan, namun SOP penjarakan sosial masih dikekalkan.

Adakah kita akan berjaya menepis dakwaan akan berlakunya gelombang ketiga pasca 10 Jun ini?

Tanggungjawab pencegahan telah jatuh kepada kita.

Buktikan kepada semua, Malaysia mampu melakukannya!

Kita Jaga Kita. Kita Pasti Menang!

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.