Media

COVID-19
12/5/20
Isu
Negara

PKPD: Pertimbangkan Bila Membawa Keluar Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kandungan berikut adalah artikel dari BERNAMA dikongsi melalui laman FB KKM.

Setelah kerajaan mempertimbang memasukkan tindakan membawa kanak-kanak ke tempat tumpuan ramai ke dalam Akta 342 sebagai perkara yang dilarang jika masih ramai ibu-bapa berbuat demikian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, lapor Bernama.

Sejak PKPB dilaksanakan 4 Mei lepas, terdapat ramai ibu-bapa membawa bayi dan anak kecil ke pusat beli-belah yang nyata mendedahkan risiko golongan itu kepada COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun tiada sekatan sedemikian, adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya jangkitan COVID-19 dan tidak menggunakan kelonggaran yang diberi dengan sewenang-wenangnya.

bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1840433

Moga kita semua dapat mempertimbangkan apa yang terbaik untuk orang yang kita sayangi dan mereka di bawah tanggungan kita.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.