Media

COVID-19
11/6/20
Isu
Negara

Pesanan KKM mengenai penjagaan warga emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikutan pengumuman PKPP, pasti ramai yang telah membuat rencana  Walau bagaimanapun, kami ingin berkongsi pesanan dari KKM mengenai isu yang disebut. Moga bermanfaat.

#SelangorGempurCovid19

Sejak pelaksanaan PKPP dijalankan semalam, sebilangan rakyat Malaysia mengambil keputusan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa. Tapi beringatlah, ibu bapa anda mungkin tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi terkena jangkitan Covid-19. Sistem imun badan mereka yang rendah boleh menyumbang kepada risiko jangkitan. Malah risiko adalah lebih tinggi jika ibu bapa anda menghidap penyakit kronik.

Jika boleh, elak berjumpa atau mengamalkan sepenuhnya norma baharu seperti penjarakan sosial dan tiada sentuhan fizikal khususnya bersalaman atau berpelukan. Ini adalah tanda anda sayangkan mereka.

Pastikan semua ahli keluarga anda mengelak 3 S (tempat yang sesak, tempat yang sempit dan sembang dekat-dekat) tapi sentiasa mengamalkan 3 W (Wash, Wear dan Warn) seperti yang selalu disarankan oleh KKM.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.