Inisiatif

COVID-19
25/3/20
Negara

Pesanan daripada Director General of Health

Salam semua, saya ingin kongsikan pesanan daripada Director General of Health, Datuk Noor Hisham Abdullah kepada semua pejuang barisan hadapan kita agar terus bersemangat, cekal dan yang paling penting sekali, jaga kesihatan diri.

—————————————-

Kepada semua warga kesihatan barisan depan, perkasakan diri anda dan jagalah kesihatan. Kita semua dipertanggungjawabkan untuk melawan COVID-19 yang tidak kelihatan, malah lebih penting lagi kita adalah benteng pertahanan terakhir dan negara kita kini bergantung kepada kita. Sama ada berjaya atau tidak, terpulang kepada kita sekarang untuk memimpin dan melakukan yang terbaik untuk Raja dan negara.

Kepada orang ramai, kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan gerakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Setiap seorang daripada kita dapat membantu dalam memenangi perang ini - Sila tinggal di rumah dan bantu kami memecahkan rantaian transmisi COVID-19, amalkan penjarakan sosial dan mencuci tangan dengan kerap.

KKM akan meneruskan strategi pengesanan kes aktif, "mencari, menguji, mengasingkan dan merawat" semua pesakit yang dijangkiti dan mengambil semua langkah kesihatan awam yang diperlukan serta meningkatkan sistem penjagaan kesihatan sedia ada kami.

Mari kita bersama-sama lakukan semua ini demi negara kita.

#DudukDiRumah
#StayAtHome

#DudukDiRumah
#StayAtHome

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.