Pesanan dari Public Health Malaysia: Cegah Gelombang Ketiga Covid-19
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut saya dan pasukan Dato' Menteri Besar Negeri Selangor ingin berkongsi infografik dari Public Health Malaysia (PHM) mengenai langkah dan amalan yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian kita semua bagi mengelak dari terkena geombang ketiga jangkotan Covid-19.
Menurut PHM, 4 Mei adalah tarikh keramat bermulanya PKP-B. Mahu atau tidak mahu, kita tidak boleh mengulangi semula proses PKP. Keputusan samada PKP akan datang diperketat atau dilonggarkan telah jatuh di tangan anda. Jangan sia-siakan pengorbanan yang telah kita lakukan sebelum ini bersama.
#SelangorGempurCovid19