Pesanan dari Public Health Malaysia - Bayi dan pemakaian topeng muka
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dari laman FB Public Health Malaysia, dinasihatkan bayi berusia 2 tahun ke bawah TIDAK digalakkan untuk dipakaikan topeng muka kerana pemakaian topeng muka akan menyebabkan risiko lemas,strok haba, tercekik dan meningkatkan beban paru paru.
Semasa tempoh pandemik ini, elakkan membawa anak kecil ke tempat awam yang padat dan sesak. Mana mana individu yang tidak sihat dan bergejala jangan cium dan sentuh bayi demi kesejahteraan semua pihak.
#KitaJagaKita
#SelangorGempurCovid19