Peruntukan RM2.53 bilion
Belanjawan Selangor 2024 memperuntukkan RM2.53 bilion dengan 52.6% bagi perbelanjaan mengurus manakala 47.4% bagi perbelanjaan pembangunan.
Prestasi kewangan Negeri Selangor setakat 9 November 2023 sangat baik apabila mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.405 bilion. Angka ini telah melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2023 iaitu RM2 bilion bersamaan 120%.

