Inisiatif

Artikel
19/7/24

Perpaduan di Selangor

Perpaduan utuh masyarakat menjadi asas utama yang mendorong ekonomi negeri meningkat agar dapat dinikmati segenap lapisan rakyat. Walau berbeza warna kulit, fahaman dan kepercayaan, namun apabila matlamat dihalatujukan atas satu landasan #KitaSelangor kejayaan pasti menyusul.

Selangor adalah ‘melting pot’ negara dengan kepelbagaian latar belakang rakyat jika dibanding mana-mana negeri Malaysia. Migrasi dari selatan seperti Melaka dan Johor, wilayah utara seperti Perlis, Pulau Pinang atau Kedah, malah selain Kelantan dan Terengganu, sekumpulan besar warga Sabah dan Sarawak turut menjadi penduduk sini.

Kepelbagaian ini walau membawa nilai emas kepada negeri ini, ianya harus diikat dengan nilai perpaduan agar kekayaan dan hasil negeri dinikmati bersama tanpa wujud kecurigaan atau perbalahan. Inilah pentingnya perpaduan perlu diurus dengan baik agar ekonomi terus berkembang.

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri memiliki Dasar Perpaduan Rumpun Selangor yang menjadi kerangka memperkukuh perpaduan sekali gus menjamin pembangunan sosioekonomi rakyat negeri ini. Projek ini menyuntik semangat ke seluruh negara melahirkan Nasionalisme Malaysia. Ibarat sepohon pokok, banyak ranting dan pucuknya, tetapi akhirnya kita berkongsi akar dan aspirasi yang sama.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.