Inisiatif

COVID-19
22/10/21
Isu
Selangor
STFC19

PERKEMBANGAN TERBARU PROGRAM SELVAX REMAJA

KENYATAAN MEDIA
22 Oktober 2021

PERKEMBANGAN TERBARU PROGRAM SELVAX REMAJA

Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan Program SelVax Remaja bagi individu berumur 12 ke atas bermula 24 Oktober 2021 di Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya,Klang. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan vaksinasi remaja serta membantu melancarkan proses pembukaan institusi pendidikan di negeri Selangor.

Sehingga kini, seramai 3,416 nama pelajar telah diterima melibatkan institusi pendidikan seperti berikut:
i. 1,235 pelajar dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS);
ii. 1,181 pelajar dari Sekolah Rendah Agama Islam Integrasi (SRAI); dan
iii. 1,000 pelajar dari 50 buah Maahad Tahfiz di negeri Selangor.

Program SelVax Remaja akan dilaksanakan di beberapa lokasi PPV antaranya di DUN Pelabuhan Klang, DUN Tanjung Sepat, DUN Bukit Lanjan, DUN Pandamaran dan lain-lain yang akan beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Program ini akan menggunapakai kaedah pra-pendaftaran melalui kod baucer di aplikasi SELangkah sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Bagi melancarkan proses pemberian vaksinasi, pihak sekolah akan diberikan kod baucer khusus yang membolehkan para pelajar melakukan pendaftaran kendiri di aplikasi SELangkah. Pihak Selcare akan turut membantu proses pendaftaran pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit atau tidak mempunyai akses kepada aplikasi SELangkah. Pihak sekolah juga akan dibekalkan dengan borang persetujuan vaksinasi yang akan diisi oleh ibu bapa bagi para pelajar yang terlibat sebelum suntikan diberikan.

Selain melibatkan pelajar sekolah, program ini turut dibuka bagi pendaftaran kepada remaja yang tidak bersekolah, warganegara dan bukan warganegara yang masih belum menerima temujanji vaksinasi dos pertama dan penerima vaksin SelVax yang terlepas temujanji dos kedua.

Bagi memastikan tiada warga Selangor yang tercicir dari program vaksinasi, Program SelVax Komuniti akan diteruskan di klinik-klinik Selcare bermula 28 Oktober 2021 dan klinik panel di seluruh Selangor bermula 1 November 2021. Maklumat lanjut berkenaan Program SelVax boleh didapati menerusi laman sosial serta aplikasi SELangkah dan Media Selangor.

[BACA KENYATAAN MEDIA]

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI
Dato’ Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.