Perkembangan Pembinaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Serdang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selaku Menteri Besar Selangor saya ingin kongsikan perkembangan pembinaan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah yang sedang disiapkan di MAEPS, Serdang.
Syabas kepada agensi-agensi Kerajaan yang menggembeling tenaga dan kepakaran dalam membina satu pusat pengawalan krisis dalam masa yang singkat.
Dipetik dari FB KKM:

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang dibangunkan sebagai kesiapsiagaan kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19.
Pusat ini adalah kerjasama diantara NADMA, KKM , ATM, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya.
Pusat ini mempunyai 604 buah katil dengan 400 katil diletakkan di Dewan A dan 204 di Dewan C.
Pusat ini juga menyediakan kemudahan seperti WIFI, CCTV, ruang rehat pesakit, bilik kelengkapan jasmani dan surau.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah rawatan perubatan, rawatan kecemasan, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan X-ray asas dan ambulans.
Manakala aktiviti pra-pengoperasian yang telah dijalankan adalah
1. Panggilan bertugas (Report Duty) bagi kakitangan klinikal dan bukan klinikal yang bertugas di pusat ini pada 9 April 2020
2. Latihan kakitangan pada 9 April hingga 13 April 2020
3. Latihan IT bagi kakitangan pada 11 April & 12 April 2020
5. Simulasi kebakaran (Fire Drill) pada 14 April 2020.