Inisiatif

COVID-19
8/10/20
Selangor
Isu
STFC19

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI KLANG

KENYATAAN MEDIA

8hb Oktober 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT DI KLANG

Majlis Keselamatan Negara di bawah Kerajaan Persekutuan telah umumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Mukim Klang.

Sehubungan dengan itu, MKN juga telah menetapkan bahawa semua sektor ekonomi untuk terus beroperasi dengan pematuhan ketat Tatacara Pengendalian Piawai (SOP).

Tambahan kepada itu, langkah-langkah tersebut yang dipersetujui oleh MKN akan dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Mukim Klang. Kawasan- kawasan yang terlibat dalam PKPB Mukim Klang disertakan dalam lampiran kenyataan ini.

Keselamatan

• Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan kawalan termasuk sekatan jalan raya dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Aktiviti

• Dinasihatkan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan / keperluan rumah. Orang-orang yang berisiko tinggi tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Aktiviti

• Restoran, kedai / gerai makan, kedai runcit, serbaneka serta warung dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Pembelian makanan digalakkan menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Dine in tidak dibenarkan.

• Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 11.00 malam.

• Operasi pasar adalah seperti yang berikut:

1. Pasar Borong : Jam 4:00 pagi sehingga Jam 2:00 petang

2. Pasar Biasa : Jam 6:00 pagi sehingga Jam 2:00 petang

3. Pasar Tani : Jam 6:00 pagi sehingga Jam 12:00 tengah hari

• Operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan dalam tempoh ini.

• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

• Pengangkutan awam seperti bas, teksi serta e-hailing dibenarkan beroperasi bermula jam 6:00 pagi sehingga 12:00 malam.

Pendidikan dan premis sosial

• Masjid, surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika

Aktiviti Sukan, Rekreasi, Sosial dan Budaya

• Semua aktivit sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan bermula 9 Oktober 2020 hingga 23 Oktober 2020.

Menghadapi situasi gelombang ketiga COVID-19, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa kerjasama utuh antara industri, komuniti dan kerajaan amat perlu untuk kita memotong rangkaian jangkitan ataupun ‘flatten the curve’ virus ini.

Sentiasa patuh kepada Tatacara Pengendalian Piawai, pakai pelitup muka apabila perlu keluar dari rumah, guna aplikasi SeLangkah apabila memasuki sebarang premis dan sentiasa jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. InsyaAllah kita akan menang.

Berikut adalah lokaliti yang terlibat.

[BACA KENYATAAN PENUH DI SINI]

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.