Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor
Menyampaikan amanat kepada para penjawat awam Negeri Selangor di Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz.
Dalam ucapan, saya memberi komitmen bahawa Kerajaan Negeri akan menyediakan peluang latihan kepada penjawat awam yang tidak berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) bagi menentukan jumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK). Langkah berkenaan bukan bersifat menghukum tetapi untuk memantapkan keupayaan penjawat awam supaya mampu memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat pada masa akan datang. Selain itu, revolusi perinduistrian 4.0 juga memerlukan penjawat awam supaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk ‘delivery’ yang lebih cemerlang kepada rakyat.
Di majlis ini juga, sukacita saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji akan dibayar kepada 21,612 orang ataupun 94 peratus dari jumlah keseluruhan penjawat awam Selangor manakala selebihnya akan menerima ‘bonus’ berjumlah 2 bulan gaji ataupun RM500 sebulan yang akan dibayar pada 24 Disember ini. Langkah ini memberi implikasi kewangan RM 32.5 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Syabas dan tahniah diucapkan !
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e2852bfb461ad1ad5d267b6_79259344_2605020309589892_4924633901302808576_n.jpg)
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e2852c5b461addb78d267bc_79294680_2605020346256555_548481793444020224_n.jpg)
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e2852cb0c9a1d25462e9c6f_79373059_2605020406256549_454121782857695232_n.jpg)
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e2852d6604ef46f44023b91_79422266_2605020256256564_8523229811408109568_n.jpg)
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e2852eab461ad0c97d26919_79666434_2605020366256553_2574979086048821248_n.jpg)
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e2852e919eddebd438f33cd_80029015_2605020279589895_188899048294449152_n.jpg)
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/5e2852ed9db3d7dae44a4040_80684300_2605020376256552_7076341941696200704_n.jpg)