Inisiatif

COVID-19
8/5/20
Isu
Negara

Peratus Pematuhan PKP Tinggi Menurut MKN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut dikongsi makluman dari Majlis Keselamatan Negara mengenai peratusan pematuhan PKP oleh Rakyat Malaysia.

Menurut MKN, kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan adalah tinggi kerana sebahagian besar daripada mereka telah memahami dengan jelas tujuan perintah itu dikuatkuasakan.

Selain patuh terhadap perintah yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 di negara ini, sebilangan besar rakyat juga mampu mendisiplinkan diri sendiri untuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

Bersama kita putuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.