Pengecualian Duti Hiburan Taman Tema
Dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor melangsungkan ekonomi untuk taman tema yang beroperasi di Selangor, pengecualian penuh ke atas Duti Hiburan bagi bayaran masuk ke taman tema akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 ke 31 Disember 2021.
Pelaksanaan ini dianggarkan akan memberi impak kewangan sebanyak RM26.35 juta kepada Kerajaan Negeri.
Pengurangan kadar Duti Hiburan juga dilaksanakan dengan penurunan daripada 25% kepada 5% ke atas setiap bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama 5 tahun mulai iaitu dari 1 Januari 2022 ke 31 Disember 2026.
Pelaksanaan ini pula dianggarkan akan memberi implikasi ekonomi sebanyak RM21.04 juta setahun dalam tempoh 5 tahun.
Dengan pelaksanaan pengecualian dan pengurangan Duti Hiburan ini kelangsungan industri dan perniagaan diharapkan akan bertambah lebih baik.
Antara matlamat Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif ini adalah untuk menjamin mata pencarian para pekerja taman tema serta mereka yang terlibat dengan sektor pelancongan di Selangor lebih terjamin pada waktu yang amat mencabar ini.
#SelangorGempurCOVID19
#KitaSelangor
[Baca Kenyataan Media]
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor