Inisiatif

Terkini
15/6/23

Pengangkutan awam diberikan perhatian khusus

Pengangkutan awam diberikan perhatian khusus dan akan terus diperkukuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan adanya Kerajaan Madani melalui Selangor Mobility.

Itu antara perkara utama yang saya tekankan sewaktu merasmikan Forum Selangor Mobility pagi tadi hasil usahasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Antara kekangan utama kepada penggunan pengangkutan awam adalah pergerakan dari rumah ke stesen tren ataupun bas yang dikenali sebagai keterhubungan first-mile / last-mile.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri Selangor telah menyebarluaskan perkhidmatan bas percuma kepada 50 laluan yang melibatkan 150 bas. Namun, penggunaan bas awam percuma dilihat masih belum meningkat.

Menginsafi cabaran tersebut, Kerajaan Negeri melalui MBI telah memeterai perjanjian persefahaman dengan Badan Bas Coach Sdn. Bhd. dan Asia Mobility Sdn. Bhd. yang diiktiraf oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk menawarkan perkhidmatan bas mini dan van yang sukar dijejaki oleh bas bersaiz besar.

Usaha ini akan memfokuskan liputan perkhidmatan kepada kawasan perumahan serta tempat kerja serta menghubungkan penduduk dengan rangkaian bas serta perkhidmatan tren sedia ada.

Dua usaha perintis telah berjalan, iaitu di Bandar Puteri, Puchong, serta di daerah Gombak. Selangor Mobility diperuntukkan RM3 bilion yang telah saya umumkan dalam Belanjawan Selangor 2023 supaya penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan warga Selangor dapat ditingkatkan.

#KitaSelangor

#SelangorMobility

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.