Penerusan PKP Bergantung Kepada Rakyat Malaysia - Datuk Dr. Noor Hisham
Asslamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut dikongsi pesanan dari Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Noor Hisham menerangkan bagaimana kita boleh mengamalkan norma baharu ketika waktu perayaan. Ini amat mustahak sekiranya kita tidak mahu gelombang wabak Covid-19 kembali menular dalam masyarakat kita.
#SelangorGempurCovid19
Dari FB KKM:
“Samada kita akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan, itu terpulang kepada rakyat Malaysia.”
Oleh itu, KKM menyeru sekali lagi kepada rakyat Malaysia sekalian, tolong patuhi PKPB yang sedang dijalankan ini. Tunjukkan kepada dunia, kita semua mampu bersatu ketika dalam tempoh sukar ini.
Usah keluar jika tiada keperluan. Lindungi 3 golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.