PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
17 MEI 2023
Kerajaan Negeri menjunjung titah DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor bahawa penggunaan kalimah Allah di Negeri Selangor oleh penganut agama bukan Islam adalah dilarang.
Kerajaan Negeri tegas melindungi kepentingan serta sensitiviti bahawa kepercayaan agama harus dihormati dan tidak menggugat keharmonian dan perpaduan yang telah dibina dan menjadi asas kepada Negeri Selangor Darul Ehsan.